Thursday, 23 June 2011

jom penang!

CUTI CUTI MALAYSIA
balik kampung oi!
even kampung ku bukan la kampung sgt.tapi tetap excited gile.
kampung ku jelutong,terletak di penang.
kampung ku,ku kira bandar sebab dye umah batu.
huhu
well,niat sebenar balik penang ni sebenarnye nk kebun.
sekarang knmusim buah.rugi lau x balik ni.
kebun lak kt tepi sumgai.
memang sedap la lau dapat makan buah sambil mandi sungai.
bayangkan...
pondok di tengah tengah rimbunan pokok itu nampak redup,
angin bertiup,sepoi2 bahasa di sambot dengan lambaian daun2 yang tergantung,
deruan air sungai membuai telinga dengan ketenangan,
ku pandang sekeliling,
itu rambutan,merah berambut,
manggis,terasa kemanisan di hujung lidah.
bau apa yang begitu menusuk?
DURIAN, ahh sedap nye.
huhuhuh
cewah!!
x saba aku nk balik penang ni.
tok tunggu ira sampai malam ni.tunggu ye.
:D

Tuesday, 21 June 2011

exam tadi senang je kan?

kepale hotak!!!
macam nak terpatah tangan aku.
cam tercabot kepale hotak aku.
cam nk terburai sume usus2 aku ni ha.
aku rase cam nk sawan sampai berbuih mulot je tadi.
sape berani cakap exam senang?
x senang lansung!!!
aku skunk ni rase cam nk korek kubur tanam diri sendiri je.
hahaha.
xley2.kang mati ley jadi kes bunoh diri.
dosa besar habaq hang.
hmm.
macam biase la exam kt kolej aku yang cam x bape kolej ni.
Pantai nursing college.
ade multiple choice n multiple essays.
multiple choice da confuse gile.
dye kasi choice tu sume ade jwpn dye.
dye suro plih yang utama.aku rase sume utama.
adeh!
bile essay lak memang la 5 soalan je.
tp mak aih.buat banggunan KLCC tu macam lg senang je.haha
(nampak beno nipunye)
bayangkan bile aku terpaksa jawab soalan cns (central nervous system) sampai 6 pages.
mase yang diberi cume stgh jam tok 1 soalan.
boleh gile.
agak2 la.aku ni ade harapan ley lulus x??
kawan lak korunk rase ok x?
aku mengharap suatu keajaipan akan berlaku.
arap time puan tande paper aku dye tgh hepi gile.
lau salah pon dye x nampak.
siap lau aku agak2 nk fail tu dye tambahkan aku 30 40 markah.
(padahal fullmark 20 markah je)
semoge lulus la aku dan rakan2 ku.
mak aihh.ley lulus x ni.
TOLONG MAK!!!

Bile janji hanya tinggal janji

Bile lihat pada tajoknye,cam jiwang n sedey je cite yang ak nak sampaikan.
tapi x sedey langsung.
hampeh cam hampas je.
tapi sape yang mungkir janji ni?
aku la yang mungkir tu.
janji kat sape la plak kn??
kat diri sendiri.
dasyat taw x.sendiri yang buat.sendiri yang langgar.
merujuk kepada post sebelum ni.
aku janji xkan bukak blog ni sampai 23th jun.
tap ari ni baru 22th jun.
ape kes la budak syabira ni.
xley tahan doe.
so bile kene sound ngan membe ape yang bole aku jawab
' dunia dah maju.hidup tanpa teknologi susah la '
haha.
sume nk gune teknologi masalah gak la.
ingat teknologi x ley rosak ke?
di buatnye satu ari sume kuase teknologi xley digunakan.
baru padan muke sume org.
baru la nk kene hantar surat bagai.
pastu nk hantar kt pos malaysia pon xtaw cmne care nye.
yela,da x ley nk sms n email2 ni.
baru la syok bile bercinta.
nk tunggu surat dari 'future husband' tu lame baru sampai.
baru b'debar2.baru romantik cam dedulu.huhuhu

Friday, 17 June 2011

YEAR 3 SEM 5 FINAL EXAM

Due tu upcoming exam this 20th of jun 2011
sy siti syabira akan tidak m'update sehingga 23th of jun.
kepada sesiape yang membaca,
kepada rakan2,
ibu bapa sy dan rakan2,
haiwan peliharaan kami,
doakan sy dan rakan boleh jawab exam dgn mudah.
bkn sahaje mudah,malah betol la jawapan yg di jawab itu.
amin~~

Saturday, 11 June 2011

AKU XNAK BAYAR!!

PEMPAIPAN TERSUMBAT.
aiyak! tp bukan rumah aku.lagi skali ak cakap.
BUKAN RUMAH AKU!
Rumah orang lain asal lak umah aku gak jadi mangse??
kes nye..aku ni dok umah flat (Pangsapuri).
Bile umah bawah skali ade prob.effect kt umah atas.
tp bukan umah aku la.
umah mmbe aku.umah aku atas skali.tingkat 4.
Umah mmbe aku tingkat 2.
umah yang prob bwh skali GROUND FLOOR
yang effect umah membe.
bile paip sumbat.umah dorunk jd banjir.
bile da banjir dorunk pump.
da sudah.umah bwh lak banjir. (tingkat 1)
da tu umah bawah ngamok siap cakap lancau2.
adoi burok sgt bahase tu.tp xpe.
den paham.lau aku pon aku marah.kompom!
da tu pam la plak umah dye.umah si GROUN FLOOR tu lak banjir.adeh!
yang best nye tu OPIZ MANAGEMENT pangsapuri ni umah ground floor tu la.
aiyak!
Skunk ni dapor n bilik air ruang tamu umah aku xley bukak air.kire mcm xley gune gak la.
sbb lau gune nanti effect umah bawah.
Da tu ape2 pon nk kne pkai bilik air MASTER ROOM.
master room tu bilik aku la.bape ramai lak yang nak pkai dlm rumah aku ni.
TUJUH ORANG.baru pk bab mandi kencing n sgale mcm.
lom lg masok bab basoh kuali,cawan n ntah pape lg.
hmm.
so abg yg btol kan banjir tu cakap.prob ni dtg dr umah GROUND FLOOR tu.
da kompom2 la dye yang kne pggl org tok repair.
da kompom2 la dye yang kne bayar.
Tp masalah si hantu ni.dye kate.ni sume student punye pasal.
(kire ak n kawan2 la.sbb kterang ni student)
apahal la plak?bile lak aku dok umah tu merangkap opiz dye??
skunk ni nk kne panggil plumber btol kan.
harge nye 450.
agak2 la kan.sape yang patut bayar? kterang ke?
kompom2 la org ground floor tu kn??
Dye xnak bayar la plak.
aku mencarot kang memang da x sopan sangat da ni.
Dye soh kterang bahagikan 3 umah.
sbb 3 umah je yang ade orang dduk.
then soh kemas opiz dye yang da memang sedia kale bersepah sebenarnye.
macam tempat gajah beranak da.gajah da beranak pon pandai kemas sendiri.
macam2 hal ko kan umah.GROUND FLOOR.aku rase ko patut dduk UNDERGROUND FLOOR.
hangin aku!
lantak lah ko. aku da cakap kt budak umah aku jangan bayar.
sape bayar aku bukak buku akta.kanun kesiksaan mandatori.
yang paling penting skali.
AKU XNAK BAYAR!

Thursday, 9 June 2011

ANDA DI JEMPUT HADIR


Assalammualaikum.
kepada rakan-rakan sekolej anda semua dijemput hadir untuk bacaan yassin.
Baca Yassin ni banyak khasiat dan keberkatan nye.
Kap Ba Ro Kap Alif Ta Nun
  1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang
  2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
  3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
  4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
  5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
  6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
  7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
  8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
  9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
  10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
  11. Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.”
  12. Sabda Rasulullah S.A.W lagi: “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.”
  13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
  14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: “Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.
Banyakkan?? so..datang la ye.
:D

Tuesday, 7 June 2011

Exam is killing me..


20 jun 2011.Final EXAM for year 3 sem 5.ADEH!!!
Takot ade.Risau ade.Seram sejuk ade.
Macam2 ada .
Tapi...
NAPE x PEGANG BUKU?!!
Sape cakap x pengang??
ade pegang la.
cume...X BACE.
ssh tol la.hati ni risau gile.
tp bile pegang buku je ngantok.
padehal mnum nescafe da b'cawan2.
bile start bace note je x masok2.
padehal bile senyap je xde org kacau pon.
bile dpt paham satu subjek rase puas ati gile.
tp byk lg subjek yg x bace tu pandang dari jaoh je.
Macam mane ni??
tgk kawan2 pon wat relax je.
dorang taw x yang EXAM IS COMING?
Kawan jom la study.
(Ajak konon.padehal diri sendiri malas)

Monday, 6 June 2011

Rindu gile larh..

Mak n Abah.
sejak dok jaoh ni mmg rindulah.
(Melake-KL)
jaoh x?hahha
bile tiap2 mggu balik mak bising lak.byk duet abes.
tp lau x blk abah lak bising.bile nak balik??
huhu.tp mak abah kasi balik ke x.aku tetap nk balik.
haha.
semalam baru balik dr KL ni.tp da rindu.mcm mane ni??
huhu

Friday, 3 June 2011

Suatu Permulaan



  • Siti Syabira Mohd Miswani
  • 12nov1990
  • Cheras KL
Bermulanya kehidupan melihat wajah bunda yang tersenyum menyambut kelahiran ku.
Senyuman pertama dikala terdengar suara azan oleh ayahanda.
Langkah pertama ditemani kakanda syuhada.
Bacaan pertama Alif Ba Ta.
Cerita Pertama tentang Ira.


Bermula dengan senyuman taipan diteruskan.baru belajar nak wat blog2 ni bile umo dah mencecah 21 tahun.lambat sgt kot.adek2 pon da lame mule.huhu.Hidup ira sgt sederhana itu yang diajar oleh mak abah.Bersderhana lah dalam byk perkare.tp ye ke aku mcm tu?haha.ntah la.pucuk pangkal hati lah. :D
seorang bakal jururawat (student nurse).Pada mulenye x suke langsung.tp makin hari minat tu dpt dipupuk.Keinginan dalam hidup : semoge dpt hidup dengan tenang n happy selalu. (keinginan jangke panjang) n smoge berjaye dalam LJM (Lembaga Jururawat Malaysia) (keinginan jangke pendek) :).